I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, August 20, 2008

PEPERIKSAAN BERTULIS PENGADIL FUTSAL

Tuan,

PEPERIKSAAN BERTULIS PENGADIL FUTSAL – 2008

Sukacita dimaklumkan bahawa Peperiksaan Bertulis Pengadil Futsal akan diadakan pada hari Sabtu, 13hb. September 2008 jam 10.00 pagi secara serentak di seluruh negara dengan 1 pusat peperiksaan bagi setiap negeri .

2. Calon-calon yang berumur kurang daripada 30 tahun adalah digalakkan untuk menduduki peperiksaan, walau bagaimanapun umur yang lebih juga di benarkan dan yuran peperiksaan RM50.00 bagi setiap calon perlu dijelaskan semasa pendaftaran sebelum 1hb Sept 08. Pengadil Kebangsaan yang masih aktif juga digalakkan untuk mengambil peperiksaan tersebut dengan syarat-syarat yang sama.

3. Pegawai Pembangunan Pengadil Negeri bertanggungjawab untuk menjalankan kursus untuk calon-calon peperiksaan tersebut dan menyediakan tempat bagi pusat peperiksaan.

4. Borang-borang tersebut hendaklah dikembalikan ke FAM berserta yuran peperiksaan sebelum atau pada 1hb. September 2008.

5. Calon calon yang berminat di kehendaki menghubungui PPP N.Melaka En.Kassim Kadir Bacha ( 013-6133354). Sekian Terima Kasih diatas perhatian tuan tuan semua.

Yang Menjalankan Tugas,
Kassim Kadir Bacha.
Pegawai Pembangunan Pengadil
Persatuan Bolasepak Melaka
+6013 6133354