I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, December 1, 2008

UJIAN KECERGASAN PERCUBAAN

Untuk makluman semua Pengadil Kebangsaan Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Negeri Johor yang berdaftar untuk menjadi Pengadil Kebangsaan bagi tahun 2009. Ujian kecergasan Percubaan akan di adakan pada ketetapan berikut:


TARIKH : 21 DEC 2008
TEMPAT : STD HANG JEBAT, MELAKA
MASA : 7 PAGI - 9 PAGI.

Semua Pengadil Keb Negeri Melaka adalah di wajibkan hadir dan menyertai Ujian Kecergasan tersebut diatas. Pengadil dari Negeri lain di jemput hadir jika ada kelapangan masa.Pengadil Pengadil yang nak menyertai ujian perlu memaklumkan pada Kassim Kadir Bacha sebelum 18 Dec 2008.

Tuesday, November 25, 2008

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN BERTULIS PENGADIL KELAS 3 DAN FUTSAL

Calon calon yang lulus Peperiksaan Futsal 2008.

1. ABD MANAF NORDIN
2. ABU BAKAR MD NOOR
3. ANUAR MUSA
4. AZHAM MUSA
5. FAIZAL ZAINAL
6. HAZRIL HISHAM HUSIN
7. ISMAIL SAMIT
8. KRISHNAN RAO
9. MAT ISA RAHMAN
10. MOHD HANAFIAH MOIDEEN
11. MOHAMMAD ZAMZAIDI KATIMIN
12. MOHD ARIF AB RAZAK
13. MOHD BADLISHAH BADRIN
14. MOHD KHALID ARIS
15. MOHD YUSRI MOHAMAD
16. MOHD ZOHRI TAJUDIN
17. MUHAMAD QISTI ABDULLAH
18. RAVI AYLAN
19. SUFFIAN SHARIFF
20. SUHAIZI SHUKRI
21. TEOH HEE LOON

Calon calon yang lulus Peperiksaan Kelas 111 Fam.

1. ATIQURAHMAN ABDULLAH
2. AZIZUL ABDULLAH
3. AZMI YUSOP
4. JUNAINAH WAHAB
5. AZMAN YAHYA
6. MOHAMAD YUSRI ADNAN
7. MOHD AFENDI @ROSABI BIN CHIK
8. MOHD FADLI SHAM MD. FADZIL
9. MOHD RIZAL SAMID
10. MOHD TAJUDIN JAAFAR
11. MUHAMAD IZZUAN SAMSUDIN
12. MUHAMAD HAZIM HASSAN
13. MUHD OSMAN GHAZALI
14. NORZAMRI BIN IBRAHIM
15. ROZHAN ABDUL HAMID
16. S.KESAVAN SANTHRAN
17. SITI KHADIJAH KARIM
18. SUHAIMI SAMSUDIN
19. SYLVESTER BINGKIN


Saya bagi pihak Persatuan Bolasepak Melaka mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan tuan tuan dan puan puan semua.Setiap pengorbanan akan tuan tuan dapat hasilnya. Maka saya mengnasihatkan semua Pengadil berada dala kesihatan yang baik dan membuat latihan yang secukup untuk menghadapai Ujian Kecergasan akan datang.

Sekian Terima Kaseh

PPP N MELAKA.

Peserta mengenakan Tshirt warna Kuning menawan warnanya.





Latihan Asst Ref, cara cara larian dan cara memegang bendera.



Para Peserta mengambil gambar kenangan








Sedang bersiap sedia untuk mengambil Posisi yang sesuai seketika bola bergerak.






Para Pembantu Kursus Potens



Ini dia Penyelaras Zon Selatan merangkap PPP N Melaka mengajar cara Pergerakan Pengadil.





Sedang menguji kecekapan Penolong Pengadil, cara bertindak dengan mengikut warna kad yang di tunjuk oleh Hanif Rahman Fifa Asst Malaysi






Sdr Ibrahim sedang mengajar Peserta Kursus cara cara warming up yang betul sebelum sesuatu Perlawanan di mulakan

Monday, November 24, 2008

KURSUS PENGADIL POTENSI ZON SELATAN 08
















Ucapan alu aluan oleh Pegawai Pembangunan Pengadil Negeri Sembilan En. Zulkifli Samin pada semua Peserta dari Negeri Melaka, Johor dan N. Sembilan pada 21 hb Nov 08 jam 8 mlm di Sek Men Teknik Jasin, Melaka.


Para Peserta sedang mendengar taklimat yang di beri oleh Pegawai Pembangunan Pengadil N Melaka.

Para Pengadil sedang bersiap sedia untuk menghadapai Ujian Kecergasan. Ujian Kecergasan adalah wajib untuk semua Pengadil dan mesti Lulus Ujian tersebut.


Para Pengadil sedang membuat larian Pecutan 40 meter x 6 kali dalam masa 6.3 saat. Amboi betapa susahnya nak jadi seorang Pengadil yang wibawa. Lismotia Mohen dengan Ravi Aylan sedang berentap.


Para Penjaga Masa (Hakim) untuk larian 40m, mereka adalah Bekas Pengadil Kebangsaan iaitu En. Kadir Abdullah (Pahang), Abdullah Derus, Ahmad Zahari Mat Isa.(Melaka)



Para Pembantu dan Juruarah yang menjaga Ujian Larian


Pengadil Pengadil Kursus Potensi sedang berlari Ujian Kecergasan 150 meter dalam masa 30 saat. Jumlah larian adalah sebanyak 20 kali 150 meter.



En.Subkhiddin sedang memberi tunjuk ajar pada semua Peserta Potensi. Beliau adalah seorang Pengadil FIFA yang mempunyai Pengalaman yang luas dalam bidang Pengadilan Bolasepak.



Ini cara larian yang betul, Pengadil perlu meletakkan diri dalam situasi betul mengikut Rentak Permainan. Ini tempat serangan bola.

This is the way how you must move by side way or back way. Wah panas terik oii jam 9.30 pagi.


Amboi panas sungguh, walau bagaimana pun ilmu perlu di belajar. Sedang membagi fokus terhadap tunjuk ajar yang di beri oleh Para Juruarah.


Ini dia yang dikatakan komitmen mereka datang dari NS dan KL. Sdr Hanif Rahman dan Suhaidi Seman. Mereka sama sama membantu Pengadil Potensi.



Tuesday, October 21, 2008

KURSUS PENGADIL POTENSI

PERSATUAN BOLASEPAK MELAKA



KEPADA SEMUA PENGADIL YANG TERPILIH
21.10..2008

KURSUS POTENSI PENGADIL

Adalah dimaklumkan bahawa Kursus Pengadil Potensi bagi Pengadil Pengadil Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor akan diadakan pada tarikh tersebut dibawah.Tuan tuan adalah diminta supaya hadir dan membawa bersama sama alatan Pengadil dan Pakaian yang sesuai untuk Seminar.

TARIKH : 21.11.2008 – 23.11.2008
TEMPAT : Sekolah Teknik Jasin.
LAPUR DIRI : 21.11.08 jam 7 – 7.30 mlm ( Jumaat )
Taklimat jam 8 mlm.

2. Kehadiran semua Pengadil yang di pilih adalah diwajibkan,bagi meningkatkan imej Pengadil tentang undang undang Permainan secara Teori dan Praktikal.

3. Semua Pengadil Keb dan Pengadil Negeri berumur bawah dari 35 th digalakkan hadir.
Kehadiran semua Pengadil Keb (terpilih) adalah diWajibkan .

4. Semua Pengadil yang berminat hendaklah mengesahkan kehadiran sebelum 15hb Nov 08 pada Pegawai Pembangunan Pengadil N.Melaka ( 013 6133354)


Sekian Terima Kasih.

KEARAH PENINGKATAN MUTU PENGADIL BOLASEPAK MALAYSIA.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

Saya yang menjalankan tugas

kkb
(KASSIM KADIR BACHA)
Penyelaras Zon Selatan
PPP Melaka

Sk : Presiden MAFA.
FAM ( Unit Pengadil )
Pengerusi Jawatan Kuasa Pengadil FAM En. Nazri Abdullah.( Jemput Hadir )
En. Zulkifli Samin (PPP Negeri Sembilan) ( 5 orang Pengadil)
En. V K Siniah ( PPP Johor) ( 5 orang Pengadil)

ppp/kkb

Friday, October 17, 2008

PERJUMPAAN PENGADIL NEGERI MELAKA

Perjumpaan Pengadil yang telah di adakan pada 12 Okt 2008.Seramai 74 orang telah hadir untuk seminar sehari.Program Program yang telah di adakan adalah saperti berikut








1. Ujian Kecergasan










2. Latihan Praktikal Untuk ASST REF pasal kedudukan dengan 2nd last defender












3. Cara cara mengesan Offsaid dengan cara yang betul .








4. Jamuan Hari Raya ( hanya mee hoon goreng, kueh 2 jenis, kopi o dan tea o) semua di biayai olih Pengadil Pengadil Keb.Diatas adalah gambar gambar aktiviti yang di jalankan






Monday, September 22, 2008

PERJUMPAAN PENGADIL NEGERI MELAKA

KEPADA SEMUA PENGADIL BERKENAAN.

17.09..2008

PERJUMPAAN PENGADIL

Adalah dimaklumkan bahawa Perjumpaan dan Seminar Pengadil tentang undang undang Permainan akan diadakan pada tarikh tersebut dibawah.Tuan tuan adalah diminta supaya hadir dan membawa bersama sama alatan Pengadil

TARIKH : 12..10.2008 ( Ahad )
TEMPAT : STD HANG JEBAT
MASA : 7.30 PAGI HINGGA 12.30 TGH.

2. Kehadiran semua Pengadil adalah diwajibkan,bagi meningkatkan mutu Pengadil tentang undang undang Permainan secara Teori dan Praktikal.

3. Semua Pengadil Keb dan bakal Pengadil Negeri Kelas 3 FAM bagi tahun 2008 N.Melaka
Di wajibkan hadir dan bersedia untuk Ujian Kecergasan.

4 Semua Pengadil diminta memaklumkan pada Pengadil Pengadil lain yang mungkin tidak terima surat.

Sekian Terima Kasih.

KEARAH PENINGKATAN MUTU PENGADIL NEGERI MELAKA

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

Saya yang menjalankan tugas

b/p kkb
(Mohd Saufi Bin Jaafar)
Setiausaha Eksekutif.

Sk : Presiden MAFA.
FAM ( Unit Pengadil )
Pengerusi dan AJK Pengadil Melaka.( Jemput Hadir )


ppp/kkb

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN
KALAU ADA SALAH SILAP MOHON MAAF DUNIA DAN AKHIRAT
DARIPADA KASSIM KADIR BACHA SEKELUARGA.

Wednesday, August 20, 2008

PEPERIKSAAN BERTULIS PENGADIL FUTSAL

Tuan,

PEPERIKSAAN BERTULIS PENGADIL FUTSAL – 2008

Sukacita dimaklumkan bahawa Peperiksaan Bertulis Pengadil Futsal akan diadakan pada hari Sabtu, 13hb. September 2008 jam 10.00 pagi secara serentak di seluruh negara dengan 1 pusat peperiksaan bagi setiap negeri .

2. Calon-calon yang berumur kurang daripada 30 tahun adalah digalakkan untuk menduduki peperiksaan, walau bagaimanapun umur yang lebih juga di benarkan dan yuran peperiksaan RM50.00 bagi setiap calon perlu dijelaskan semasa pendaftaran sebelum 1hb Sept 08. Pengadil Kebangsaan yang masih aktif juga digalakkan untuk mengambil peperiksaan tersebut dengan syarat-syarat yang sama.

3. Pegawai Pembangunan Pengadil Negeri bertanggungjawab untuk menjalankan kursus untuk calon-calon peperiksaan tersebut dan menyediakan tempat bagi pusat peperiksaan.

4. Borang-borang tersebut hendaklah dikembalikan ke FAM berserta yuran peperiksaan sebelum atau pada 1hb. September 2008.

5. Calon calon yang berminat di kehendaki menghubungui PPP N.Melaka En.Kassim Kadir Bacha ( 013-6133354). Sekian Terima Kasih diatas perhatian tuan tuan semua.

Yang Menjalankan Tugas,
Kassim Kadir Bacha.
Pegawai Pembangunan Pengadil
Persatuan Bolasepak Melaka
+6013 6133354

Monday, July 28, 2008

Gambar Kenangan Pengadil Baru 2008

Kursus Pengadil dan Peperiksaan Pengadil Kelas 3 FAM telah di adakan pada 26 Julai 08 di Sek Teknik Bukit Katil Melaka. Seramai 22 calon telah daftar dan mengikuti kursus ini.Semua calon ini akan di daftar sebagai Pengadil Negeri Melaka dengan syarat semua calon perlu menghadiri latihan Praktical dan Ujian Kecergasan Negeri. Semua Pengadil di nasihatkan supaya membuat latihan yang secukup dan berada dalam tahap Kecergasan yang baik. Tarikh Ujian dan Tempat akan dimaklumkan kemudian.

Thursday, July 10, 2008

RALAT/PEMBETULAN

HARAP MAAF,

Jawapan untuk soalan kedua adalah Sepakan Percuma Tidak Terus (Indirect Free Kick) bukan Sepakan Percuma Terus ( Direct Free Kick ).

Wednesday, July 9, 2008

Amalan Doa setiap hari




Soal Jawap/ questions and answers

1.Pemain yang dpt kad merah sebelum Permainan di mulakan boleh diganti dengan pemain simpanan.

Pertanyaan saya, adakah pasukan itu dah dianggap telah melakukan satu pertukaran dengan penggantian tersebut atau tetap dianggap belum melakukan pertukaran lagi?
Pemain yang dpt kad merah sebelum game mula boleh diganti
Jawapan Translate:- Player being send-off before start of the game can be replaced by the Substitute player..Right!!

Question :- Does the team concern already making any substitute with substitute player or have not made any subs.

ANSWER:- YES..The player need to be send-off. And the team still eligible of having normal substituition according to the of the game. The substitute player must be named player in the list. This only can be doned before the game start.

2. Seorang pemain yang berada dalam padang telah meludah pemain simpanan pihak lawan yang duduk di bangku simpanan ketika bola dalam permainan.

Translate:- Player in the field of play spit the opponent substitute player who sit at bench / technical area when the ball still in play. What action shall the referee take.?

ANSWER:- YES..The player need to be send-off. The restart will depend where the stoppage of the play. If the Referee stop play the restart will be direct kick to the opposing team where it last stop. If the incident occurred during the ball out of play or stoppage of play, resume as it is.eg throw-in, corner or goal kick or

Jawapan:Pemain yang meludah mesti di Perintah Keluar Padang dan Tunjukkan Kad Merah. Jika permainan di berhentikan ketika bola dalam Permainan maka permainan di mulakan semula dengan SEPAKAN PERCUMA TERUS ke pehak lawan. Jika bola di luar permainan maka permainan perlu di mulakan mengikut keadaan SEMASA.

Semua soalan berkenaan UNDANG UNDANG boleh di hantar ke email saya kassimmelaka54@yahoo.com. Saya akan jawap dalam blog pengadil MAFA.
CC to ALI SAMAD LION CITY.

Thursday, July 3, 2008

PERSEDIAAN




GARIS PANDUAN UNTUK MENJADI SEORANG PENGADIL BERWIBAWA



BELAJAR DAN MAMAHAMI SETIAP UNDANG UNDANG PERMAINAN TERKINI
BERSIKAP ADIL DAN TIDAK BERPIHAK DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN.
SETIASA BERLATIH DAN BERADA DALAM TAHAP KECERGASAN YANG BAIK.

1.PERSONALTI.

? Patuhi masa yang ditetapkan( rain or shine be in time).
? Pakaian sentiasa kemas dan smart.
? Sentiasa tenang dan wajah tidak begitu serios / cemas
? Perkemaskan cara larian

2.KECERGASAN

# Stamina yang baik sepanjang permainan 90 min or 120 min
# Sentiasa hampiri dengan permainan dan pelbagaikan cara larian.
# Tidak terlalu mengikut laluan pepenjuru ( DIAGONAL ),PERLU KELUAR MENGIKUT KEPERLUAN.




3.PRESTASI

Sentiasa berwaspada dan focus- jangan ambil mudah sesuatu perlawanan.
Bertindak dengan yakin diatas keputusan yang dibuat melalui wisel atau isyarat yang jelas.
Perlu tegas (bukan keras ) terhadap pemain yang menunjuk sikap tidak puas hati dengan keputusan PENGADIL.
Beri advantej,mengikut keadaan untuk melicinkan permainan.
Perlu teliti kelakuan pemain yang kerap mengulangi kesalahan atau aksi simulasi.

4. KERJASAMA (team work).

> BERKOMUNIKASI DENGAN PENOLONG PENGADIL DAN PEGAWAI KEEMPAT DENGAN BERKESAN – INI DICAPAI MELALUI TAKLIMAT SEBELUM PERLAWANAN.


Sediakan oleh Kassim Kadir Bacha / PPP Melaka 09.07.08





SYUKUR ALHAMDULILAH

Syukur ke hadrat ALLH SWT dengan berkat doa semua ahli keluarga Pengadil serta keluarganya sendiri saudara Nazri Abd Rahman (PENGADIL KEB) telah sedar daripada hilang ingatan sejak 5 bulan lalu akibat dari kemalangan jalan raya.Kalau tuan tuan ada masa lapang boleh la ziarah beliau.

Wednesday, July 2, 2008

Taklimat/ Briefing sebelum game




Diingatkan pada semua Pengadil bahawa memberi Taklimat pada Penolong Pengadil dan Pegawai keempat sebelum sesuatu perlawanan di mulakan adalah Penting.Jangan ambil mudah atau mengabaikan taklimat ini.Ia boleh membantu pasukan Pengadil supaya melaksanakan undang undang permainan dengan baik.Jangan mengambil masa yang panjang untuk memberi taklimat hanya yang penting di bincangkan.Awas jangan sama sekali bagi tahu ASST OR P4 MACAM BIASA ini akan rosakkan prestasi kamu.
APA YANG PENTING:
1.SAMPAI KE PADANG PERMAINAN SATU JAM AWAL DARI MASA PERMULAAN PERMAINAN.
2.BUAT WARMING UP DI PADANG.
3.BAGI TAHU ASST APA YANG PERLU BUAT JIKA KESALAHAN BERHAMPIRAN.
4.PERTUKARAN PEMAIN
5.MINTA ASST BUAT CATITAN GOL, KAD KUNING/MERAH.
6.INSIDEN YANG BERLAKU DI MANA REF TAK NAMPAK.
Banyak lagi yang boleh di katakan, taklimat hendaklah di beri mengikut keperluan Pengadil dan kehendaknya.

Tuesday, July 1, 2008

Pengadil Melaka


Senarai nama Pengadil Kebangsaan dan Negeri

1. KAMIL BIN TUMIN
2. IBRAHIM BIN MOHD
3. ALAGURAJAN A/L MUNIAYAH
4. ABU BAKAR BIN MD.NOR
5. MOHD ZOHRI BIN TAJUDIN
6. KRISHNAN RAO
7. SYED MOHDAR BIN SYED AIDARUS
8. ISMAIL BIN SAMIT
9. RAVI A/L AYLAN
10. NORIZAN YUSUF
11. ABDUL MANAF BIN NORDIN
12. TEOH HEE LOON
13. ANUAR BIN MUSA
14. MOHD NAZRI BIN A.RAHMAN MOHD
15. MOHD KHALID BIN MOHD ARIS
16. SUHAIZI BIN SHUKRI
17. MOHD ZAMZAIDI KATIMIN
18. BADLISHAH BIN BADRIN

Untuk makluman semua Pengadil, Pengadil Mohd Nazri Rahman masih terlantar di rumahnya kerana hilang ingatan akibat dari kemalangan jalan raya. Mari lah kita sama sama berdoa ke hadrat ALLH SWT semoga cepat sembuh.Di sini juga saya merayu agar tuan tuan dapat melapangkan masa untuk meziarahi nya.

Selamat melayari

Kapada semua Pengadil Kebangsaan dan Pengadil Negeri Melaka, saya berharap tuan tuan dapat melapurkan semua aktiviti program yang di adakan di Daerah masing masing.Dengan juga saya berharap semua Pengadil supaya melayari blog tersebut ini.

Selamat Datang Ke Laman Blog Pengadil Bolasepak MAFA


Syukur kehadarat ilahi kerana dengan susah payah penat menghasilkan blog nie akhirnya berjaya juga... terima kasih kepada kawan-kawan yang mengajar saya bagaimana hendak bangunkan laman ini juga tidak ketinggalan juga kepada member ref yang lain thank for your support.