I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, July 28, 2008

Gambar Kenangan Pengadil Baru 2008

Kursus Pengadil dan Peperiksaan Pengadil Kelas 3 FAM telah di adakan pada 26 Julai 08 di Sek Teknik Bukit Katil Melaka. Seramai 22 calon telah daftar dan mengikuti kursus ini.Semua calon ini akan di daftar sebagai Pengadil Negeri Melaka dengan syarat semua calon perlu menghadiri latihan Praktical dan Ujian Kecergasan Negeri. Semua Pengadil di nasihatkan supaya membuat latihan yang secukup dan berada dalam tahap Kecergasan yang baik. Tarikh Ujian dan Tempat akan dimaklumkan kemudian.

Thursday, July 10, 2008

RALAT/PEMBETULAN

HARAP MAAF,

Jawapan untuk soalan kedua adalah Sepakan Percuma Tidak Terus (Indirect Free Kick) bukan Sepakan Percuma Terus ( Direct Free Kick ).

Wednesday, July 9, 2008

Amalan Doa setiap hari




Soal Jawap/ questions and answers

1.Pemain yang dpt kad merah sebelum Permainan di mulakan boleh diganti dengan pemain simpanan.

Pertanyaan saya, adakah pasukan itu dah dianggap telah melakukan satu pertukaran dengan penggantian tersebut atau tetap dianggap belum melakukan pertukaran lagi?
Pemain yang dpt kad merah sebelum game mula boleh diganti
Jawapan Translate:- Player being send-off before start of the game can be replaced by the Substitute player..Right!!

Question :- Does the team concern already making any substitute with substitute player or have not made any subs.

ANSWER:- YES..The player need to be send-off. And the team still eligible of having normal substituition according to the of the game. The substitute player must be named player in the list. This only can be doned before the game start.

2. Seorang pemain yang berada dalam padang telah meludah pemain simpanan pihak lawan yang duduk di bangku simpanan ketika bola dalam permainan.

Translate:- Player in the field of play spit the opponent substitute player who sit at bench / technical area when the ball still in play. What action shall the referee take.?

ANSWER:- YES..The player need to be send-off. The restart will depend where the stoppage of the play. If the Referee stop play the restart will be direct kick to the opposing team where it last stop. If the incident occurred during the ball out of play or stoppage of play, resume as it is.eg throw-in, corner or goal kick or

Jawapan:Pemain yang meludah mesti di Perintah Keluar Padang dan Tunjukkan Kad Merah. Jika permainan di berhentikan ketika bola dalam Permainan maka permainan di mulakan semula dengan SEPAKAN PERCUMA TERUS ke pehak lawan. Jika bola di luar permainan maka permainan perlu di mulakan mengikut keadaan SEMASA.

Semua soalan berkenaan UNDANG UNDANG boleh di hantar ke email saya kassimmelaka54@yahoo.com. Saya akan jawap dalam blog pengadil MAFA.
CC to ALI SAMAD LION CITY.

Thursday, July 3, 2008

PERSEDIAAN




GARIS PANDUAN UNTUK MENJADI SEORANG PENGADIL BERWIBAWA



BELAJAR DAN MAMAHAMI SETIAP UNDANG UNDANG PERMAINAN TERKINI
BERSIKAP ADIL DAN TIDAK BERPIHAK DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN.
SETIASA BERLATIH DAN BERADA DALAM TAHAP KECERGASAN YANG BAIK.

1.PERSONALTI.

? Patuhi masa yang ditetapkan( rain or shine be in time).
? Pakaian sentiasa kemas dan smart.
? Sentiasa tenang dan wajah tidak begitu serios / cemas
? Perkemaskan cara larian

2.KECERGASAN

# Stamina yang baik sepanjang permainan 90 min or 120 min
# Sentiasa hampiri dengan permainan dan pelbagaikan cara larian.
# Tidak terlalu mengikut laluan pepenjuru ( DIAGONAL ),PERLU KELUAR MENGIKUT KEPERLUAN.




3.PRESTASI

Sentiasa berwaspada dan focus- jangan ambil mudah sesuatu perlawanan.
Bertindak dengan yakin diatas keputusan yang dibuat melalui wisel atau isyarat yang jelas.
Perlu tegas (bukan keras ) terhadap pemain yang menunjuk sikap tidak puas hati dengan keputusan PENGADIL.
Beri advantej,mengikut keadaan untuk melicinkan permainan.
Perlu teliti kelakuan pemain yang kerap mengulangi kesalahan atau aksi simulasi.

4. KERJASAMA (team work).

> BERKOMUNIKASI DENGAN PENOLONG PENGADIL DAN PEGAWAI KEEMPAT DENGAN BERKESAN – INI DICAPAI MELALUI TAKLIMAT SEBELUM PERLAWANAN.


Sediakan oleh Kassim Kadir Bacha / PPP Melaka 09.07.08





SYUKUR ALHAMDULILAH

Syukur ke hadrat ALLH SWT dengan berkat doa semua ahli keluarga Pengadil serta keluarganya sendiri saudara Nazri Abd Rahman (PENGADIL KEB) telah sedar daripada hilang ingatan sejak 5 bulan lalu akibat dari kemalangan jalan raya.Kalau tuan tuan ada masa lapang boleh la ziarah beliau.

Wednesday, July 2, 2008

Taklimat/ Briefing sebelum game




Diingatkan pada semua Pengadil bahawa memberi Taklimat pada Penolong Pengadil dan Pegawai keempat sebelum sesuatu perlawanan di mulakan adalah Penting.Jangan ambil mudah atau mengabaikan taklimat ini.Ia boleh membantu pasukan Pengadil supaya melaksanakan undang undang permainan dengan baik.Jangan mengambil masa yang panjang untuk memberi taklimat hanya yang penting di bincangkan.Awas jangan sama sekali bagi tahu ASST OR P4 MACAM BIASA ini akan rosakkan prestasi kamu.
APA YANG PENTING:
1.SAMPAI KE PADANG PERMAINAN SATU JAM AWAL DARI MASA PERMULAAN PERMAINAN.
2.BUAT WARMING UP DI PADANG.
3.BAGI TAHU ASST APA YANG PERLU BUAT JIKA KESALAHAN BERHAMPIRAN.
4.PERTUKARAN PEMAIN
5.MINTA ASST BUAT CATITAN GOL, KAD KUNING/MERAH.
6.INSIDEN YANG BERLAKU DI MANA REF TAK NAMPAK.
Banyak lagi yang boleh di katakan, taklimat hendaklah di beri mengikut keperluan Pengadil dan kehendaknya.

Tuesday, July 1, 2008

Pengadil Melaka


Senarai nama Pengadil Kebangsaan dan Negeri

1. KAMIL BIN TUMIN
2. IBRAHIM BIN MOHD
3. ALAGURAJAN A/L MUNIAYAH
4. ABU BAKAR BIN MD.NOR
5. MOHD ZOHRI BIN TAJUDIN
6. KRISHNAN RAO
7. SYED MOHDAR BIN SYED AIDARUS
8. ISMAIL BIN SAMIT
9. RAVI A/L AYLAN
10. NORIZAN YUSUF
11. ABDUL MANAF BIN NORDIN
12. TEOH HEE LOON
13. ANUAR BIN MUSA
14. MOHD NAZRI BIN A.RAHMAN MOHD
15. MOHD KHALID BIN MOHD ARIS
16. SUHAIZI BIN SHUKRI
17. MOHD ZAMZAIDI KATIMIN
18. BADLISHAH BIN BADRIN

Untuk makluman semua Pengadil, Pengadil Mohd Nazri Rahman masih terlantar di rumahnya kerana hilang ingatan akibat dari kemalangan jalan raya. Mari lah kita sama sama berdoa ke hadrat ALLH SWT semoga cepat sembuh.Di sini juga saya merayu agar tuan tuan dapat melapangkan masa untuk meziarahi nya.

Selamat melayari

Kapada semua Pengadil Kebangsaan dan Pengadil Negeri Melaka, saya berharap tuan tuan dapat melapurkan semua aktiviti program yang di adakan di Daerah masing masing.Dengan juga saya berharap semua Pengadil supaya melayari blog tersebut ini.

Selamat Datang Ke Laman Blog Pengadil Bolasepak MAFA


Syukur kehadarat ilahi kerana dengan susah payah penat menghasilkan blog nie akhirnya berjaya juga... terima kasih kepada kawan-kawan yang mengajar saya bagaimana hendak bangunkan laman ini juga tidak ketinggalan juga kepada member ref yang lain thank for your support.