I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, June 22, 2012

Perjumpaan Pengadil - Pengadil Negeri Melaka Bagi Bulan Jun 2012

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia

Pada 03 Jun 2012 bertempat di Kompleks Sukan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah diadakan perjumpaan Pengadil - Pengadil Negeri Melaka. Perjumpaan yang diadakan ini telah di hadiri hampir 50 org Pengadil dari Kelas 3, Kebangsaan dan FIFA. Perjumpaan ini juga di hadiri oleh bekas - bekas Pengadil Kebangsaan dan FIFA yang turut memberi komitmen dalam dunia pengadilan kepada pengadil baru.

Antara tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk mengenal pasti kedudukan pengadil dengan betul, mempelajari kedudukan offside dengan sempurna dan sebagainya.

Sebelum latihan tersebut diadakan, para pengadil di kehendaki melakukan warming up (pemanas badan) di trek stadium tersebut.

regangan badan sebelum aktiviti larian perlu dilakukan untuk mengelakan kecederaan

















 mempelajari bagaimana seseorang pemain itu di hukum offside



 Latihan kepada Pengadil. 

















Terima kasih kepada semua pengadil yang hadir pada perjumpaan tersebut.
Komitmen yang anda beri semasa perjumpaan amat dihargai.
Semoga kita bertemu lagi di lain hari.

Tuesday, June 19, 2012

LATIHAN PRAKTIKAL DAN ULANGKAJI UNDANG - UNDANG PERMAINAN FUTSAL SEBELUM KEJOHANAN FUTSAL DAERAH JASIN


 Praktikal mengenai back-pass di lakukan


 Masa kawalan Penjaga Gol adalah 4s 


 Hukuman back-pass adalah Sepakan Percuma Tidak Terus dimana bola diletakkan di atas garisan kawasan gol sejajar dengan tempat berlakunya kesalahan back-pass


 Antara pengadil yang terlibat semasa taklimat dan praktikal tersebut


 ''Apa tindakan sekiranya Penjaga Gol mengawal bola lebih dari 4s?''Mungkin itu yang dikatakan oleh PPP Melaka, Tuan Haji Kassim kepada pengadil yang hadir.






 Saudara Faiza Zainal Pengadil Kebangsaan turut hadir memberi tunjuk ajar






 Hukuman back-pass masih dihukum walaupun bola telah melepasi garisan tengah selagi bola belum disentuh oleh pihak lawan, bola di luar permainan atau pengadil memberhentikan permainan kerana pemain melanggar undang- undang permainan, back-pass semula kepada penjaga gol tidak boleh dilakukan.

 Para pengadil tekun mendengar mengenai undang - undang permainan Futsal





















 Kedudukan Pengadil 1 semasa bola dalam permainan mestilah selari dengan Pengadil 2





Kedudukan Pengadil semasa sepakan ke dalam








































 Terima Kasih kepada PPP Melaka, Tuan Haji Kassim kerana telah memberikan ilmu yang berguna dan bermanfaat kepada para pengadil yang hadir mengenai Undang - Undang Permainan Futsal. Ilmu yang berguna dan bermanfaat ini akan digunakan dengan sebaik baiknya Pengadil Melaka untuk melahirkan Pengadil Futsal yang berkualiti.

Terima Kasih