I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, November 23, 2012

SEKITAR UJIAN PRA KECERGASAN DI STADIUM HANG JEBAT MELAKA

Assalamualaikum w.b.t

Pada 22/11/2012 telah diadakan satu Ujian Pra Kecergasan kepada semua pengadil Kebangsaan di Stadium Hang Jebat Melaka.

Berikut adalah gambar - gambar sekitar ujian tersebut.

Semoga Pengadil Kebangsaan dari Melaka akan berjaya pada Ujian Kecergasan yang sebenar pada 02/12/2012 nanti.

Good Luck

PPP Melaka














































Thursday, November 1, 2012

PEPERIKSAAN PENGADIL KEBANGSAAN KELAS 1

Assalamualaikum W.B.T

Kepada calon-calon yang berminat untuk ambil Peperiksaan Bertulis  Pengadil Kebangsaan tahun 2013, Tuan/Puan boleh mendaftarkan nama Tuan/Puan di pejabat MAFA atau terus menghubungi Pegawai Pembangunan Pengadil Melaka. 


Calon-calon yang hendak mendaftarkan nama hendaklah telah lulus Peperiksaan Kelas 3 FAM pada tahun 2010 atau sebelumnya. 

Pendaftaran akan ditutup pada 12 Nov 2012. Semua pengadil Kebangsaan diminta memaklumkan kepada rakan-rakan di kawasan anda. 


Terima Kasih.


PPP Melaka

UJIAN PRA TEST PENGADIL KEBANGSAAN DAN PRA KEBANGSAAN


Assalamualaikum W.B.T


Kepada semua Pengadil Kebangsaan, Ujian Pra Test akan diadakan pada Sabtu ini (3/11/2012) jam 4.30 di Std UTeM Durian Tunggal. 


Semua Pengadil Kebangsaan diwajibkan hadir kecuali kepada mereka yang mempunyai urusan penting. Ujian ini adalah untuk menguji keberkesanan latihan yang telah dilakukan oleh Tuan - Tuan.


Ujian akan dimulakan tepat jam 5 ptg. Latihan memanaskan (warming-up) hendaklah dibuat lebih awal diperkarangan Stadium UTeM. Sesi memanaskan badan akan di kendalikan oleh Juruarah Kecergasan, En.Krishnan Rao.


Diharap semua pengadil Kebangsaan menghadiri Pra Test ini.


Sekian untuk makluman semua Pengadil.


PPP Melaka

Monday, October 8, 2012

TAHNIAH DAN SYABAS

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pengadil

Tahniah dan syabas kepada semua pengadil yang telah menjayakan Liga MAFA 2012.

Pertandingan akan diteruskan untuk Piala FA MAFA 2012.

Kepada semua pengadil yang akan dilantik untuk Piala FA MAFA 2012 diharap dapat memberikan kerjasama dan persembahan yang cemerlang semasa perlawanan nanti.

Bersama-sama la kita menaikkan dan mengharumkan nama Pengadil Melaka.

Sekian, terima kasih


PPP Melaka.


Wednesday, August 8, 2012

KURSUS PENGADIL FUTSAL NEGERI MELAKA

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia

   Pada 04 Ogos 2012 dan 05 Ogos 2012 telah diadakan Kursus Pengadil Futsal Negeri Melaka. Kursus ini diadakan di Gelanggang Futsal Air Panas Bemban Jasin Melaka. Kursus ini telah dihadiri seramai 26 pengadil kelas 3 dan kebangsaan.

  Menariknya mengenai kursus ini adalah terdapat 2 sesi,sesi siang dan malam. Sesi siang, para pengadil didedahkan undang - undang permainan futsal secara teori manakala sesi malam pula diadakan secara amali dan praktikal. 4 pasukan sekitar Jasin dijemput bagi membantu menjayakan kursus ini. 


SESI SIANG







SESI MALAM