I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, February 5, 2012

MALAS

Kalau Malas
menguasai hati, emosi, diri
maka malaslah segala galanya

kalau malas
menaiki takhta, menjadi raja
maka malaslah segala galanya

kalau malas
tidak dipinggirkan
dicincang lumat
dicuci bersih dari hati jiwa
maka malaslah segala galanya

kalau malas
akrad diri
membunuh kerajinan
maka berhati hatilah
kerana dia semakin pintar, sempurna dan perkasa
barangkali dia juga semakin kreatif ?

lalu mahukah kita jadi hamba
kepadanya
dipijak
di perintah
dikerah
telunjuknya dituruti
peribadi dicontohi
maka malaslah selama lamanya
tiada lagi cahaya tekun
malanglah perhidupan
terkutuklah harga diri

No comments:

Post a Comment